Wednesday, October 28, 2009

TAJUK

LAMPU KAWALAN KECERAHAN

AHLI KUMPULAN

Azuan Bin Mohamed (D20062028711)
Mohd Firdaus Bin Zainal Abidin (D20062028549)
Firdaus Bin Baharum (D20062028552)
Ismail Baihaqie Bin Mohd Yusof (D20052024843)




SINOPSIS

Projek untuk kumpulan ini diberi nama Lampu Kawalan Kecerahan. Lampu Kawalan Kecerahan merupakan satu produk yang digunakan untuk mengawal kecerahan lampu mengikut lama suis itu ditekan. Semakin lama suis itu ditekan, semakin banyak lampu akan menyala dan semakin terang tahap kecerahan yang dapat dihasilkan. Lampu ini boleh digunakan oleh doktor gigi untuk mengawal kecerahan semasa merawat pesakit atau ketika membuat rawatan gigi. Lampu ini juga boleh digunakan untuk belajar di waktu malam kerana terdapat individu suka belajar dalam keadaan yang sangat terang, ada juga individu yang suka belajar dalam keadaan sederhana terang dan ada juga individu yang suka belajar dalam keadaan kurang terang. Lampu ini mampu dikawal kecerahannya oleh sesiapa sahaja dengan mudah dan pintar. Projek ini dihasilkan dengan menggunakan komponen-komponen elektrik dan elektronik seperti perintang, diod serta kapasitor dan beberapa komponen-komponen lain seperti microcontroller, relay dan disokong oleh program yang dihasilkan.

LITAR SEBENAR

GAMBARAJAH LITAR PENDAWAIAN

SPESIFIKASI PROJEK

Berat = 0.6 Kg
Tinggi = 35 cm
Lebar = 25 cm
Warna = HITAM
Jangka Hayat = 3 Tahun

KELEBIHAN

i. Mampu menghasilkan kecerahan mengikut kehendak pengguna
ii. Pengguna boleh menggunakan kecerahan secara minimum dan maksimum
iii. Digunakan oleh doctor pergigian untuk mengawal kecerahan ketika merawat pesakit
iv. Boleh digunakan oleh individu untuk dijadikan sebagai lampu untuk membaca

KELEMAHAN

1. Kecerahan maksimum adalah bergantung kepada bekalan kuasa Adapter 12V.
2. Perlu diubahsuai kepada reke bentuk yang lebih besar untuk disesuaikan dengan
penggunaan oleh doktor pergigian.

KESIMPULAN

Projek Lampu Kawalan Kecerahan Pintar ini merupakan satu projek yang mampu memberikan satu inovasi dalam produk baru berautomasi. Lampu ini boleh diaplikasikan dan digunakan oleh doktor gigi ketika merawat pesakit untuk mendapatkan kecerahan yang sesuai dan juga boleh digunakan oleh pelbagai pengguna yang mempunyai yang sukakan kecerahan yang lebih, kurang dan bersederhana. Pembangunan projek lampu ini memerlukan kreativiti serta pengetahuan untuk menghasilkan reka bentuk dan litarnya. Oleh itu, banyak kajian dan rujukan dilakukan untuk menyiapkan projek lampu ini dengan merujuk kepada litar elektonik yang menggunakan microcontroller. Selain itu, kajian juga dilakukan untuk membuat program pada microcontroller supaya litar dapat berfungsi berdasarkan program yang dibangunkan.

LAMPIRAN


LAMPIRAN


Monday, October 26, 2009

TAJUK

LITAR KAWALAN KECERAHAN LAMPU