Wednesday, October 28, 2009

SINOPSIS

Projek untuk kumpulan ini diberi nama Lampu Kawalan Kecerahan. Lampu Kawalan Kecerahan merupakan satu produk yang digunakan untuk mengawal kecerahan lampu mengikut lama suis itu ditekan. Semakin lama suis itu ditekan, semakin banyak lampu akan menyala dan semakin terang tahap kecerahan yang dapat dihasilkan. Lampu ini boleh digunakan oleh doktor gigi untuk mengawal kecerahan semasa merawat pesakit atau ketika membuat rawatan gigi. Lampu ini juga boleh digunakan untuk belajar di waktu malam kerana terdapat individu suka belajar dalam keadaan yang sangat terang, ada juga individu yang suka belajar dalam keadaan sederhana terang dan ada juga individu yang suka belajar dalam keadaan kurang terang. Lampu ini mampu dikawal kecerahannya oleh sesiapa sahaja dengan mudah dan pintar. Projek ini dihasilkan dengan menggunakan komponen-komponen elektrik dan elektronik seperti perintang, diod serta kapasitor dan beberapa komponen-komponen lain seperti microcontroller, relay dan disokong oleh program yang dihasilkan.